![]() | |
|
![]() |
PESERTA UNDUK KOKOTUAN … Sebahagian daripada 20 peserta pertandingan Unduk Kokotuan Tindal 2013 merakam gambar sempena Sidang Akhbar Usto di Rumah Terbalik Tamparuli. |
Pesta Kokotuan Tindal atau Pesta Kaamatan Tindal anjuran
Persatuan Tindal Bersatu Sabah (Usto) dijangka akan dirasmikan oleh Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia merangkap
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul
Rahman Dahlan.
Menurut Presiden Usto, James Bagah,
pelbagai acara menarik telah disediakan antaranya sukan
tradisi seperti pertandingan tarik tali, lumba lari menarik pasangan di atas
daun pinang yang akan dijayakan oleh peserta dari enam zon iaitu, Zon Warriou,
Zon Tempasuk, Zon Bangkahak, Zon Kabayau, Zon Kelawat dan Zon
Rosok.
Selain itu, katanya, pertandingan masakan tradisi dan
minuman tradisi juga turut diadakan
Tema Pesta Kokotuan Tindal 2013 ialah ‘Kokotuan Teras
Perpaduan’.
James berkata, kemuncak perayaan ialah pertandingan Unduk
Kokotuan (Ratu Cantik) dimana 20 peserta terdiri daripada gadis gadis etnik
Tindal lengkap dengan pakaian tradisi dipanggil ‘sinipak’.
James berkata demikian ketika sidang akhbar Usto di Rumah
Terbalik Tamparuli pada Ahad lepas yang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Usto
Pusat antaranya Timbalan Presiden Usto, Sigam Salimun, Bendahari Usto, James
Suali, Pengerusi Perayaan, Juali Asim dan dan 20 peserta Unduk Kokotuan Tindal
2013.
Selain itu, katanya, para pengunjung juga berpeluang memenangi
pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan tiket tuah seperti motorsikal, TV
Plasma, basikal, telefon bimbit, barangan elektrik dan hamper.
Sementara itu, Jemes mengingatkan kepada pembeli tiket
makan malam (Sodop Unduk Kokotuan) pada 27 Jun
di Dewan Tun Said Kota Belud supaya datang lebih awal untuk mengelakkan
kesesakan.
Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi James Bagah – (0138515151),
Juali Asim – (01126691012), Sigam Salimun – (01116514765), James Suali – (0165865581)
dan Patricia Budik – (0146579316).
Beliau juga mempelawa orang ramai di seluruh pelusuk
negeri khususnya masyarakat yang tinggal berhampiran dengan daerah Kota Belud supaya
datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan itu.
No comments:
Post a Comment