Katanya, remaja
berumur 14 tahun itu yang dikenali sebagai Nurul Zulaikah Abdullah sudah pun
dipanggil ke Balai Polis Cenderawasih Felda Sahabat untuk diambil keterangan.
“Soal siasat
belum selesai. Kita masih menyiasat kes ini dalam pelbagai sudut.
“Buat masa ini
kita belum boleh membuat apa-apa rumusan. Bagaimanapun, pihak polis tidak
memperlekeh dan mengambil ringan berhubung laporan kes ini,” katanya ketika
dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu,
tinjauan di kawasan Zon Kampung Tanjung Labian yang mempunyai
kira-kira 5,000 penduduk kelmarin mendapati suasana di kawasan berkenaan sudah
kembali tenang dan tidak langsung menjejaskan aktiviti harian penduduk.
No comments:
Post a Comment