Nordin, 60, berkata beliau akan mengemukakan idea yang boleh
membawa kebaikan kepada rakyat Sabah dan menambahbaik sistem pengurusan Suhakam
di Sabah termasuk masalah berkaitan Tanah dan Tanah Adat negeri.
Beliau menggantikan Jannie Lasimbang, bekas wartawan Radio
Televisyen Malaysia (RTM) Sabah.
"Saya terlibat aktif dalam beberapa kerja-kerja
kebajikan berkaitan hak kemanusiaan kerana saya minat berhubungan dengan
masyarakat yang memerlukan pembelaan," katanya yang akan memulakan
tugasnya secara rasmi esok.
Selain aktif memperjuangkan hak-hak kemanusiaan, beliau juga
meminati bidang kewartawanan tetapi ia 'bukan karier selamanya' bagi beliau.
Nordin yang berkelulusan Ijazah Sains dari Universiti Putra
Malaysia (UPM) dan memiliki Diploma Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi
Mara (UiTM) aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Antaranya Habitat for Humanity Kota Kinabalu Affiliate, Kota
Kinabalu AIDS Support Services Association (KASIH), Sabah Pensioner's
Association dan Sabah Society for The Blind.
Beliau juga antara aktivis yang lantang memperjuangkan hak
kepenggunaan dan berpengalaman sebagai fasilitator dalam beberapa seminar
termasuk berkaitan perundangan pengguna dan Tuntutan Tribunal Pengguna.
No comments:
Post a Comment