Tuesday, 11 June 2013

Siringan dan Hamisa lawat KKIPC, AMC School dan Insight Sabah


KOTA KINABALU, (11 Mei, 2013) -- Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat dan pembantunya, Datuk Hamisa Samat mengadakan lawatan ke KKIPC Sdn. Bhd., AMC School dan Insight Sabah di Likas Square, kelmarin (10 Mei, 2013).

Lawatan itu turut disertai Pengerusi KKIPC Sdn Bhd, Datuk Dr Yee Moh Chai, Setiausaha Tetap Kementeria, Bruno Vun dan pegawai kerajaan.

Dalam kunjungan itu, Siringan dan Hamisa diberi taklimat berhubung status ketiga-tiga tempat yang dilawati dan merupakan salah satu anak syarikat di bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat yang mengendalikan teknologi maklumat.

Siringan (dua kanan) dan Hamisa (tiga kanan) dibawa melawat KKIPC Sdn Bhd. Turut kelihatan Yee (dua kiri) diberi taklimat oleh salah seorang kakitangan KKIPC.

No comments:

Post a Comment