“Kementerian
saya bersetuju dengan syor ini dan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan
Pendaftaran Negara untuk dilaksanakan sewajarnya,” kata Hajiji ketika
menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementeriannya dalam Persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN), ke-14 bagi penggal pertama, di sini, hari ini.
Cadangan tersebut
telah disyorkan oleh Adun Kapayan, Dr. Edwin Bosi ketika membahaskan Ucapan
Dasar Kerajaan pada persidangan DUN ke-14 bagi
Penggal Pertama, hari ini.
Sementara itu,
Hajiji menegaskan bahawa sehingga kini Kerajaan Negeri belum membuat keputusan
ke atas syor Jawatankuasa Kabinet mengenai status perakuan Tafsiran Anak Negeri
pada tahun 2002 dan 2003.
Katanya,
perkara ini perlu dikaji dan diperhalusi secara terperinci supaya kerajaan
tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya sehingga memudaratkan kepentingan
Anak Negeri pada masa akan datang memandangkan ia amat rumit dan sensitif.
No comments:
Post a Comment