![]() |
DIKURUNG ... JPAM mengurung monyet ganas itu dalam tempat khas sebelum dihantar ke Jabatan Perhilitan.
|
TAWAU: Seekor monyet liar bertindak ganas di rumah kongsi pekerja sebuah kilang besi di Batu 3 Jalan Apas, dekat sini, hari ini, sebelum ditangkap oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika para pekerja
berhenti rehat, seorang pekerja yang
balik ke rumah terkejut apabila seekor monyet tiba-tiba muncul di bahagian
dapur rumah kongsi itu.
Pekerja yang ketakutan itu kemudiannya memaklumkan kepada beberapa pekerja
lain dan, cuba menangkap monyet itu tetapi gagal kerana haiwan itu bertindak
ganas.
Kerana takut diserang monyet, para pekerja itu kemudiannya menghubungi pihak
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia pada jam 12.27 tengah hari.
Pegawai JPAM Daerah Tawau, Zulfaiduri Ramlee, berkata pihaknya tiba di
tempat kejadian dimana monyet itu masih lagi berada dalam rumah.
Untuk mengelak monyet itu terlepas anggota JPAM terpaksa menutup semua
pintu dan tingkap rumah.
JPAM berjaya menangkap haiwan itu dengan menggunakan alat penjerat selepas
hampir satu jam berusaha menangkapnya.
“Haiwan itu akan dihantar ke Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,’’
kata Zulfaiduri ketika dihubungi, hari
ini.
No comments:
Post a Comment