Pelakon filem James Bond 'Tomorrow Never Dies' itu adalah
penerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Sementara itu, seorang pereka kasut terkenal antarabangsa
Datuk Jimmy Choo (gambar kanan) dan pereka fesyen yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat,
Zang Toi masing-masing dianugerahkan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang
membawa gelaran Datuk.
Pakar bahasa, Prof Dr Awang Sariyan (gambar bawah), yang merupakan Ketua
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, turut menerima darjah PJN.


No comments:
Post a Comment