Tuesday, 18 June 2013

Bayi 3 hari ditinggalkan

DITINGGALKAN ... Bayi yang masih hidup dan cukup sifat dimasukkan dalam sebuah beg kain sebelum ditinggalkan di tangga sebuah kedai di kawasan Fajar Centre, dekat Lahad Datu, hari in.

LAHAD DATU: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru berusia tiga hari ditemui ditinggalkan di tangga
sebuah rumah kedai di kawasan Fajar Centre, dekat sini, awal pagi  tadi.

Bayi yang hidup dan cukup sifat itu serta tidak bertali pusat ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada kira-kira jam 8.30 pagi sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu yang mengesahkan perkara tersebut berkata, semasa ditemui bayi itu dibungkus dalam sebuah beg kain dan berpakaian lengkap.

“Bayi yang dalam keadaan sihat itu telah pun dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk pemeriksaan dan rawatan,”katanya di sini, hari ini.

Katanya lagi, tiada tangkapan setakat ini dan siasatan sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. 


No comments:

Post a Comment