Tuesday, 18 June 2013

Pesta Kaamatan Kg Sorob Tambulion 23 Jun


OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD: Pesta Kaamatan Kampung Sorob Tambulion akan diadakan pada 23 Jun ini dan dijangka akan dirasmikan  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.


Menurut Pengerusi Panganjur Azuwan Norjan (gambar), pelbagai acara menarik bakal dipersembahkan pada pesta itu nanti.

Katanya, pertandingan Unduk Ngadau adalah acara kemuncak dan, penyertaannya masih terbuka.

Azuwan memberitahu, pelbagai hadiah seperti  TV Plasma, telefon bimbit, laptop, blender dan hamper telah disediakan pihak penganjur dan hadiah cabutan tiket bertuah juga turut diadakan.

Pesta Kaamatan Kampung Sorob Tambulion turut mengadakan pertandingan rumah-rumah tradisi seperti Rumah Siri Padang, Rumah Pepaduan, Rumah Suyad dan Rumah Kambong.


No comments:

Post a Comment