Berdasarkan kajian dilakukan UPKO, beliau berkata pihak
berkuasa kompeten boleh dilantik untuk mengesahkan ketulenan IC berkenaan.
"Badan ini (pihak berkuasa kompeten) boleh menjadi
pasukan petugas khas terdiri daripada pegawai atau profesional daripada sektor
swasta atau malahan daripada pergerakan masyarakat sivil.
"Ketelusan mesti dijamin. Kita boleh menggantikan IC
itu secara berperingkat dan oleh itu,
tidak harus ada perasaan was-was di pihak mana-mana orang untuk menyerahkan IC
masing-masing bagi tujuan pengesahan dan selepas itu, akan dikeluarkan IC
baharu (kepada mereka)," katanya kepada panel lima anggota RCI diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Dompok berkata sekiranya semua IC di Sabah ditarik balik dan
digantikan selepas disahkan, langkah itu dapat menjawab kritikan dihadapi
Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai 'penipuan' pada senarai pengundi.
"Mereka yang telah mendapat kewarganegaraan secara
licik dan menjadi pengundi boleh dipadamkan daripada senarai (pengundi) serta
merta," katanya.
Dompok juga mencadangkan kerajaan membuat pindaan terhadap
undang-undang sedia ada atau menguatkuasakan undang-undang baharu mengenai
perbuatan khianat untuk memastikan rakyat Malaysia yang memberi atau menjual
dokumentasi Malaysia boleh dipertanggungjawabkan dan dihukum berat bagi
kesalahan jenayah mereka itu.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek memberitahu suruhanjaya itu bahawa semasa beliau
menjadi Pengarah Imigresen Sabah dari 2010 hingga Mac tahun ini, beliau pernah
berdepan kes warga asing yang mendakwa
pelarian Filipina dan memiliki dokumen IMM13 palsu.
Katanya perkara itu dikesan semasa operasi jabatan itu,
tetapi menafikan ada anggota jabatan itu terlibat dalam pengeluaran dokumen
palsu.
Dalam kapasitinya sebagai ketua pengarah ESSCOM, yang
dipegangnya pada 1 April tahun ini, Mohammad berkata peranan agensi itu ialah
memperketatkan kawalan di sempadan berikutan kedudukan Sabah dekat dengan dua
negara iaitu Indonesia dan Filipina.
Beliau juga berkata terdapat lebih 400 pulau yang ada nama
dan tidak bernama di pantai timur yang
boleh digunakan oleh pendatang untuk menyusup masuk ke negeri ini yang juga
boleh menjadi tempat persembunyian daripada pihak berkuasa.
Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti
Malaysia Sabah Datuk Dr Kamaruzzaman
Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha
Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas Timbalan Ketua Menteri Tan
Sri Herman J Luping, yang juga bekas Peguam Besar Sabah.
Pendengaran bersambung 1-5 Julai.
No comments:
Post a Comment