Monday, 10 June 2013

Pesta Kaamatan eratkan hubungan rakyat Malaysia

RASMI KAAMATAN … Musbah (dua kiri) mengatam padi sebagai sembolik perasmian Pasta Kaamatan Kampung Tempasuk 2.

UNDUK NGADAU … Unduk Ngadau Elly Viona Lajimin (duduk), naib  johan Cyrilane Jutery (tiga kiri) dan tempat ketiga Michelin Collyen (tiga kanan).

RATU TRADISI … Ratu Tradisi Kanak-kanak Kg Tempasuk 2 2013 Risha Marisa Losnsing (duduk), naib johan Fasha Adilaa Amizan (tiga kiri) dan tempat ketiga Mercy Chrisyella Jimmy (tiga kanan).

OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Jamli mengakui bahawa sambutan Pesta Kaamatan mampu menjana dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.


Katanya, meskipun perayaan itu berlatar belakangkan kebudayaan kepada sesuatu kaum tetapi masih boleh berteloransi dengan kaum-kaum lain dalam pelbagai perkara terutama  peluang ekonomi tanpa sebarang masalah.

Musbah berkata, Pesta Kaamaatan juga berkonsepkan 1Malaysia di mana semua kaum di negara ini turut menikmati kemerihannya. Ini membuktikan bahawa rakyat majmuk terbuka kepada mana-mana perayaan kaum semata-mata mahu mengekalkan hubungan baik tanpa prejudis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Pasta Kaamataan Kampung Tempasuk 2, di sini, hari ini.

Menyentuh kelestraian bekalan makanan pada masa akan datang, Musbah menambah, kawasan jelapang padi Kota Belud sedia ditambah baik dengan pengurusan dan tanamannya secara sistematik. 

“Program Jelapang Padi yang dilaksanakan secara berperingkat dalam masa lima tahun ini, bakal membawa satu perubahan yang besar dalam lonjakan ekonomi mampan kepada masyarakat Kota Belud, sekali gus menyumbang kepada pertubuhan ekonomi negeri dan negara,” katanya lagi.

Musbah berkata,  Penternakan Udang, Lembu Tenusu dan Penanaman Getah merupakan projek argopolitan Kota Belud yang bersepadu, bermatlamat menghapuskan kemiskinan dan mengeluarkan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar.

“Antara impak dan manfaat agropolitan kepada semua ialah membuka peluang pekerjaan di tempat sendiri, menyediakan jaringan perhubungan di kawansan kampung, membawa kepada pemindahan teknologi, pengetahuan dan kemahiran kepada penduduk Kota Belud.

“Membuka peluang perniagaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana, membuka penempatan baru dan pembangunan ekonomi di kawansan luar bandar, menukar arah aliran modal insan yang berlaku kini untuk kembali berkhidmat dalam daerah dan menyediakan prasana seperti jalanraya, bekalan elektrik dan air,” jelasnya.

Sementara itu, Elly Viona Lajimin, 15 tahun dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau, Kampung Tempasuk 2013 setelah mengalahkan enam peserta lain.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Cyrilane Jutery, 18 tahun dan Michelin Collyen, 15 tahun. 

Manakala Risha Marsia Losnsing diumumkan sebagai pemenang Ratu Tradisi Kanak-Kanak, tempat kedua dan ketiga masing-masing di menangi oleh adik Fasha Adilaa Amizan dan Mercy Chrisyella Jimmy. 

Turut hadir Pegawai Pembangunan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Tempasuk Siang Sibin, Pengerusi Penganjur Lajimin Gambilau, pemimpin masyarakat dan masyarkat Kampung Tempasuk 2, Kampung Botung, Kampung Ninig, Kampung Kondis dan Kampung Kinuta.



No comments:

Post a Comment