Saturday, 11 May 2013

Pilihan orang muda bukan sekadar retorik: Jamawi

BERI SEMANGAT … Jamawi memberi semangat kepada golongan muda supaya terus memberi sokongan kepada agenda BN untuk memperkaskan golongan pemuda.

OLEH GINDANAU SAKAT

TENOM: Slogan Barisan Nasional Pilihan Orang Muda bukan sekadar retorik semata-mata sebaliknya merupakan satu realiti yang menunjukkan sokongan golongan itu terhadap BN.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom , Jamawi Jaafar, berkata slogan itu merupakan satu penghargaan aspirasi kepada golongan muda yang melihat hanya BN mampu menyediakan yang terbaik untuk mereka.

Menurutnya, peningkatan ketara sokongan orang muda  dapat dilihat menerusi  jumlah undi yang diberikan oleh golongan ini  kepada calon calon BN terutamanya di saluran 2 dan 3 pada PRU13 kali ini.  

“Undi yang  mereka berikan kepada calon BN khususnya di Parlimen Tenom  cukup memberangsangkan  kecuali di dua daerah mengundi iaitu di Peti Undi Tenom Utara dan Tenom Selatan.

“Kkita tewas dan ini membuktikan slogan BN Pilihan Orang Muda bukanlah sekadar retorik dan persepsi semata-mata,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin (10 Mei, 2013) bagi mengulas sokongan golongan muda kepada BN pada PRU13.

Jamawi yang turut memberikan fokas bagi menemuai pengundi muda semasa berkempen membantu calon calon BN di Tenom pada pilihanraya  lepas turut menghargai sokongan golongan muda kepada calon-calon BN di kawasan itu dan menyakini sokongan itu merupakan aspiriasi golongan muda kepada BN yang tidak pernah meminggirkan mereka dalam agenda tranformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

“Jika mereka tidak menghargai usaha serta agenda yang telah kita laksanaan sebelum ini sudah tentu mereka tidak akan menyokong perjuangan parti “ katanya 

Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mengakui segala program yang dilakukan selama ini seperti Aktiviti sukan, riadah, pendidikan, keagamaan serta aktiviti lain yang sesuai dengan cita rasa golongan ini turut membantu usaha meremajakan parti sekali mengajak golongan ini untuk bersama memperjuangkan masa depan bangsa agama dan negara 
Menurutnya, program yang atur itu bukan bermusim atau mempunyai agenda tertentu tetapi akan dilaksanakan secara berterusan bagi memenuhi kehendak sosial golongan muda melalui aktiviti bermanfaat.

“Golongan belia kini menyedari parti pembangkang hanya pandai berjanji bagi mempengaruhi pemikiran mereka tetapi tidak mampu untuk menterjemahkannya.

“Ini bukan soal kita bercakap atas sentimen kepartian tetapi aspirasi orang muda yang merasakan bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk masa depan mereka dan saya tidak fikir pembangkang dapat memberi apa-apa kepada mereka.

“Lebih-lebih lagi atas keprihatinan khusus diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang peka masalah dan bentuk pembangunan aspirasi rakyat termasuk untuk golongan muda,” katanya.


No comments:

Post a Comment