Wednesday, 8 May 2013

Peningkatan majoriti undi bukti rakyat Kota Belud dahagakan pembangunan

RAHMAN
MUSBAH

 OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD: Datuk Musbah Jamli menyifatkan peningkatan majoriti undi kepada calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kota Belud, DUN Tempasuk dan Usukan di sini  sebagai satu  sejarah dan diterjemahankan bahawa masyarakat di daerah itu sangat dahagakan pembangunan.

SALLEH
Katanya, apapun keputusannya  di Kota Belud baru-baru ini, hakikatnya rakyat telah bersuara bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menunjuk amalan demokarasi di Malaysia ini masih subur.

“Keputusan itu adalah sebagai manifestasi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui kepimpinan negara yang menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN yang masih releven untuk membela nasip rakyat. 

Sehubungan ituMusbah mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon-calon yang menang dan para pengundinya.

Musbah yang bertanding di DUN Tempasuk memperolehi 8,495 undi dengan majoriti 5,210 undi berbanding majoritinya 2,432 pada PRU12 2008, mengalahkan Laiman Ikin (PAS) yang memperolehi 3,285 undi, Suwah Bulleh (STAR) 1,769 undi, Abdul Malik Mohed (SAPP) 319 undi  dengan 325 undi rosak.
Sementara itu, Timbalan Pengerui Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said memperolehi 10,879 undi dengan majoriti 6,812 undi berbanding majoriti 4,023 (Datuk Japlin Akim) pada PRU12 2008.

Salleh mengalahkan Mustapa @ Mohd Yunus Sakmud (PKR) berjaya memperolehi 4,067 undi dan calon STAR Bakaruddin Ismail mendapat 285 undi dan undi rosak 372.

Manakala Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen P.169 Kota Belud setelah memperolehi 21,768 undi dengan majoriti 5,095 undi berbanding majoriti 3,020 pada PRU12 2008.

Rahman menggalakan empat pencabarnya yang terdiri daripada Isnaraissah Munirah Bt. Majlis @ Fakharudy (PKR) 16,673 undi, Jalumin Bin Bayogoh (STAR) 2,709 undi, Lamsil Bin Amidsor (BEBAS) 979 undi dan Kanul Bin Gindol (BEBAS) 189 undi.

Datuk Herbert Timbon Lagadan calon Barisan Nasional bagi kerusi DUN Kadamaian memperolehi majoriti 2,473 undi pada PRU12 2008,bagaimanapun beliau hanya mendapat 4,988 undi pada PRU13 setelah dikalahkan calon PKR Jeremmy @ Ukoh Malazad @ Malazad yang memperolehi 5,877 undi  dengan majoriti 547 undi dan mengetapikan  Rubbin Guribah (STAR) 1,877 undi dan Peter Marajin @ Peter Marazing (SAPP) 547 undi.

No comments:

Post a Comment