Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

Pelakon terkenal ditahan


SEORANG pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di Shah Alam, Selangor, awal hari ini.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

Tuesday, 28 February 2012

Tatu ‘Allah’ atas dada Erykah Badu, The Star minta maaf


KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) memanggil The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu perkataan ‘Allah’ dalam akhbar itu.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Lee Chee Leong berkata KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star petang ini untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar itu menyiarkan gambar berkenaan dalam edisinya hari ini.
Beliau berkata akhbar itu juga akan diberi Surat Tunjuk Sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN.
“Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan (akhbar itu kepada KDN),” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, malam ini.
Dalam ruangan muziknya, The Star menyiarkan gambar penyanyi “funk”, “hip-hop” dan “soul”, Erykah Badu, 40, yang menunjukkan wajah dan bahagian atas dadanya.
Sebahagian dadanya terdedah dan tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan “Allah”, di bahagian sisi kiri dan kanan dadanya berhampiran ketiak.
Penyanyi itu, yang berasal dari Dallas, Texas, pernah memenangi anugerah Grammy dan akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 Feb ini.
Sementara itu, The Star memohon maaf kepada pembaca beragama Islam kerana menyiarkan gambar penyanyi Amerika Syarikat tersebut.
“Kami secara ikhlas memohon maaf kepada pembaca beragama Islam kerana terlepas pandang,” katanya dalam portal online akhbar itu.
Akhbar itu berkata gambar Erykah Badu, dengan tatu pelbagai simbol termasuk perkataan Arab bagi ‘Allah’, disiarkan secara tidak sengaja dalam Star2 hari ini.

Tuesday, 21 February 2012

Latif Ibrahim selamat dikebumikan


SELAMAT DIKEBUMIKAN … Pelakon dan Penyanyi veteran era 80-an, Latif Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lembah Keramat di Kuala Lumpur, hari ini.

Kelihatan Isteri Allahyarham, Masriah Mahdan menabur bunga keatas pusara suaminya.
Turut bersama Kedua dua anak Allahyarham, Mohd Hazriqk Latif (dua,kanan) dan anak perempuannya Haznally Latif (tiga,kanan).
Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini Isnin. – Teks dan Foto Bernama

Monday, 20 February 2012

Penyanyi, pelakon Latif Ibrahim meninggal dunia


latif ibrahim Latif Ibrahim Meninggal Dunia
GAMBAR terbaru Abdul Latif Ibrahim
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Penyanyi dan pelakon veteran tanah air, Abdul Latif Ibrahim, 61, meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut JantungNegara (IJN) di sini, hari ini.
Penyanyi lelaki era 70-an itu meninggal dunia pada pukul 5.57 petang di Unit Rawatan Koronori (CCU) IJN, dengan anggota keluarga berada di sisi Allahyarham.
Anaknya, Hazriq Latif berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke rumah Taman Keramat malam ini.
“Kami tidak dapat beritahu apa-apa kerana masih bersedih dengan pemergian ayah,” kata Hazriq yang enggan mengulas lanjut.
Latif Ibrahim, yang terkenal dengan lagu Nora, Mengharap Kasih Mu dan Mengenang Dikau Kembali, ialah abang kepada penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim.
Allahyarham merupakan artis yang pernah menyuburkan industri filem negara melalui lakonan filem Hapuslah Air Mata Mu (1976), Dendang Perantau (1979), Sumber Ilhamku (1979), Bintang Pujaan (1981) dan Senja Merah (1982).
Allahyarham dimasukkan ke IJN pada Sabtu lepas dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 3, Keramat esok.- Bernama

Saturday, 18 February 2012

Video seks Melia Aimellia tersebar

Video seks Melia Aimellia tersebar?

LAGI isu  video separa lucah yang didakwa dilakonkan oleh seorang pelakon wanita Malaysia sedang hangat diperkatakan di blog-blog hiburan tempatan masa kini.
Sumber dipetik daripada Roti Kaya, dalam video adegan seks berdurasi 30 saat itu yang dihantar oleh seorang individu tidak dikenali.
Wajah wanita berkenaan seakan-akan mirip pelakon filem ‘Karipap-Karipap Cinta’, Melia Aimellia (gambar), di mana ia menunjukkan aksi ghairah beliau seorang diri.
Melia Aimellia yang sebelum ini pernah bergandingan dengan aktor Gambit Saifullah dalam filem arahan Othman Hafsham itu masih belum tampil memberi penjelasan untuk menafikan atau mengiyakan tentang kewujudan video itu.
Pada masa yang sama, akaun Facebook miliknya juga dikatakan telah digodam oleh individu tertentu.
Kesahihan video tersebut masih belum dapat dipastikan lagi dan ia juga mungkin pelanduk dua serupa atau ada yang cuba menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti. - Sumber Cinema Online /Roti Kaya

*Jika gambar atau video berkenaan bukan diri anda dan merasakan anda diaibkan, saya sarankan buatlah laporan polis untuk membuat siasatan berhubung isu tersebut.-Editor Sidang Rakyat


Tuesday, 14 February 2012

NORIZS FAIL TUNTUTAN CERAI

   NORIZS RIZS ... tabah menghadapi dugaan hidup.
MUNGKIN ramai tidak tahu penyanyi berbakat besar dari Beringes, Papar iaitu Norizs Rizs sangat tabah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran semasa mengikuti suaminya nun jauh di negara benua Eropah. 

Difahamkan bahawa Norizs, 28, pada ketika ini sedang memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya jejaka Mat Salleh walau bagaimana sukar untuk ditempuhi tetapi pada Norizs semuanya sudah berakhir.

Khabarnya, Norizs yang popular dengan lagu berhantunya ‘Dia Wanita’ itu menuntut cerai kerana apalah gunanya mendirikan rumah tangga sekiranya tiada kebahagiaan sedangkan cintanya terbukti apabila terpaksa meninggalkan keluarga di kampung halaman.

Pada Norizs semua keputusan yang bakal dilakukannya ini sudah pun difikirkan sedalam-dalamnya kerana berpendapat daripada dia merana dek tiada lagi persefahaman maka jalan terbaik ialah bercerai.

Norizs yang berkahwin dengan jejaka Mat Salleh ini pada awal tahun 2011 selepas kedua-duanya saling berhubungan di laman sosial Facebook mendorong si dia untuk melamar Norizs yang sedang sibuk melancarkan album sulungnya.

Oleh kerana kian berputik bibit-bibit cinta maka jejaka tinggi lampai ini sanggup membuktikan cintanya kepada Norizs, lalu mengambil keputusan untuk datang ke negeri Sabah semata-mata mahu berjumpa dengan keluarga Norizs untuk menyampaikan hasrat mahu melamar Norizs.
Dipendekkan cerita, kedua-duanya pun telah melangsungkan perkahwinan atas dasar suka sama suka dan benar kata orang zaman sekarang ‘Cinta Muka Buku’ boleh membawa seseorang sehingga ke jinjang pelamin.

Bagaimanapun difahamkan sepanjang tiga bulan Norizs berada di negara orang seolah-olah sukar untuk mendapatkan kebahagiaan mana lagi rindunya semakin memuncak mengenangkan keluarga di Beringes, Papar.

Bagi Norizs segala keputusan yang bakal dilakukannya ini adalah atas ketentuan Tuhan Yang Maha Esa memungkinkan jodohnya dengan si dia tiada lagi dan dia terpaksa mengambil keputusan tepat untuk menuntut cerai.

Sementara itu, penulis sempat menghubungi Norizs baru-baru ini yang memberitahu bahawa dia tetap meneruskan hasratnya untuk bercerai dengan suaminya itu.

“Kalau tiada lagi persefahaman dalam rumahtangga maka adalah lebih baik membuat keputusan sebegini daripada merana di negara orang. Mana lagi, Norizs mengenangkan keluarga di kampung halaman.

“Saya tekad bang, selepas semuanya selesai ... saya akan menumpukan semula bidang nyanyian yang banyak mengajar Norizs erti kesabaran untuk berjaya dalam hidup,” katanya.



Friday, 20 January 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis

SEBAK ... Normah Abdullah, ibu kepada Allahyarham penyanyi Khairil Izwan Pilus, dalam keadaan sedih dan sebak ketika menerima ucapan takziah dari kenalan di perkarangan Hospital Ampang, Kuala Lumpur, malam ini (20 Jan).


KUALA LUMPUR, (20 Jan): Penyanyi popular Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus (gambar), 33, telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.
Bapa Allahyarham, Pilus Mohd Jani berkata, jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.


Al-FATIHAH... Jemaah mengadakan solat jenazah buat Allahyarham penyanyi Khairil Izwan Pilus yang meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira jam 6.15 petang tadi (20 Jan).

Wednesday, 18 January 2012

Valia Rahma meninggal dunia



PENGACARA dan aktres kelahiran Jakarta, Indonesia, Valia Rahma (gambar) telah meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru-baru ini.
Menurut Kapan Lagi, aktres filem "Hantu Jeruk Purut" menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Denpasar, Bali pada 13 Januari 2012 sekitar jam 5 petang waktu tempatan selepas mengalami kecederaan dan pendarahan teruk di otaknya
Sahabat Valia, Faradila mengesahkan berita tersebut ketika dihubungi.
Jenazah Valia telah dikebumikan di tanah perkuburan Tanah Kusir, Jakarta Selatan pada 14 Januari 2012.
Valia yang sepatutnya memasuki usia 27 tahun pada 31 Januari ini memulakan kariernya sebagai seorang model diikuti dengan tawaran mengacara dan berlakon.
Menurut suaminya, Arya Suwastika, Valia pernah memberitahu keinginannya untuk mempunyai anak pada tahun ini.

Tuesday, 17 January 2012

Sheila Marcia tanpa seluar dalam



TAK SERIK ...  Bintang sinetron ‘Anugerah’, Sheila Marcia, 22,  mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet.
Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.
Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan pada April 2011.

Friday, 13 January 2012

BERGURAU DENGAN PEMINAT ... Penyanyi rock terkenal tanah air, Awie (kiri) dan Ella (kanan) berduet ketika menyampaikan sebuah lagu pada konsert Awie & Ella "Raja & Ratu Rock Malaysia" di Istana Budaya di Kuala Lumpur pada 12 Jan. 2012.
Konsert empat hari berlangsung hingga 15 Jan. Tiket konsert tersebut berharga antara RM43 dan RM403.