GAMBAR terbaru Abdul Latif Ibrahim |
Penyanyi lelaki era 70-an itu meninggal dunia pada pukul
5.57 petang di Unit Rawatan Koronori (CCU) IJN, dengan anggota keluarga berada
di sisi Allahyarham.
Anaknya, Hazriq Latif berkata jenazah bapanya akan dibawa
pulang ke rumah Taman Keramat malam ini.
“Kami tidak dapat beritahu apa-apa kerana masih bersedih
dengan pemergian ayah,” kata Hazriq yang enggan mengulas lanjut.
Latif Ibrahim, yang terkenal dengan lagu Nora, Mengharap
Kasih Mu dan Mengenang Dikau Kembali, ialah abang kepada penyanyi, Datuk Khadijah
Ibrahim.
Allahyarham merupakan artis yang pernah menyuburkan industri
filem negara melalui lakonan filem Hapuslah Air Mata Mu (1976), Dendang
Perantau (1979), Sumber Ilhamku (1979), Bintang Pujaan (1981) dan Senja Merah
(1982).
Allahyarham dimasukkan ke IJN pada Sabtu lepas dan pernah
menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 3,
Keramat esok.- Bernama
No comments:
Post a Comment