KOTA KINABALU: Seorang bloger Sabah meminta Setiausaha Politik Kepada Menteri
Pelancongan Sabah, Datuk Amisah Yassin supaya jangan bermimpi yang Barisan
Nasional (BN) dapat menyambung kontrak kerajaannya di Malaysia selepas Pilihan
Raya Umum ke-13.
Katanya, keyakinan Amisah itu tidak mempunyai asas kukuh yang
membuktikan bahawa BN akan diberi mandat oleh rakyat/pengundi di Sabah khasnya
dan di Malaysia amnya.
“Soal sama ada BN gentar atau gah menghadapi kemantapan
sokongan rakyat kepada parti-parti pembangkang di Sabah bukan menjadi kayu
pengukur sebaliknya ianya permulaan kemusnahan bagi kerajaan BN di Malaysia,” kata
Bloger itu kepada blog SIDANG RAKYAT yang berpusat di Kota Kinabalu, hari ini, sebagai
mengulas kenyataan Amisah yang disiarkan di sebuah blog BORNEO DIGEST hari ini.
Bloger itu juga meminta Amisah supaya celikkan mata dan
lebarkan cuping sama ada isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin parti
pembangkang di Sabah ‘sendiwara silam’.
Amisah juga mengumpamakan isu-isu yang dibawa oleh
pembangkang sebagai mainan bahasa dan satu rakaman silam yang diputarkan
semula.
Kenyataan Amisah yang memperkecil-kecilkan pengaruh dan
sokongan rakyat kepada parti STAR di Ranau, Bloger itu menyarankan kepada
Amisah dan BN supaya kalau terlalu yakin sangat BN akan dapat menubuhkan
kerajaan selepas PRU-13, tidak perlulah pemimpin BN turun padang…elok tidur
sahaja di rumah dan tunggu pembubuaran Parlimen dan DUN.
Bloger itu mengingatkan Amisah supaya jangan terlalu
angkuh bahawa BN tidak boleh tumbang, sedangkan parti Berjaya (BN) pun ‘tinggal
sehelai sepinggang’ selepas berdepan dengan pembangkang Parti Bersatu Sabah
(PBS) ketika itu (1985 dan 1986) dalam pilihan raya DUN.
“Ini menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai kekebalan di
tangan pengundi,” sindir Bloger itu lagi.
Bloger itu menambah, hanya Amisah sahaja yang begitu optimistik
dengan hujahnya tetapi hakikatnya BN sedang menuju kepada kehancuran, kerana
tidak ada kerajaan yang tidak boleh ditumbangkan di dunia ini.
No comments:
Post a Comment