KOTA KINABALU: Mulai
pertengahan bulan ini, satu operasi bersepadu akan dilakukan untuk mengesan 1.3
juta Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), yang tidak mendaftar dalam proses
pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program
6P).
Enam agensi kerajaan terlibat dalam operasi itu, agensi
berkenaan ialah Jabatan Imigresen bersama-sama Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan
Pertahanan Awam (JPAM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad, berkata
operasi itu antara lain melibatkan 1,400 anggota penguatkuasa Imigresen dan 2.8
juta anggota Rela.
“Operasi ini juga akan diadakan selepas tamatnya proses
pemutihan Program 6P pada 15 Feb ini,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.
Sehingga kini, seramai 370,000 PATI telah mendaftar menerusi
program 6P setakat ini.
“Operasi menangkap PATI yang tidak berdaftar langkah yang
wajar setelah kerajaan mengambil langkah proaktif terhadap pekerja asing,”
katanya.
No comments:
Post a Comment