HANYA kerana marahkan nyamuk, kelambu
pun dibakar. Perumpamaan ini sangat sesuai diterjemahkan kepada perbuatan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) hari ini (24 Feb) yang bertindak membakar memorandum Pemuda
Barisan Nasional (BN) yang mengutuk kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim berhubung sokongannya terhadap isu keselamatan negara Israel.
Perbuatan kakitangan PKR membakar memorandum itu menggambarkan
sikap sebenar ‘mereka’ ini, sama seperti
bapa petualang negara iaitu Anwar yang
sanggup menjadi tali barut negara asing (Israel) semata-mata kepentingan
politik PKR.
Bayangkan, jika memorandum ini pun mereka boleh bakar,
apatah lagi surat masalah rakyat dan surat-surat rasmi lain.
Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi PKR di mana
membakar ‘memorandum’ adalah yang
pertama berlaku di Malaysia dan dunia. Sejarah ini patut dibukukan untuk
rujukan generasi-genarasi akan datang.
Ini bagi membolehkan genarasi itu nanti dapat mengenali
‘dajal-dajal’ dan berua-berua dalam sejarah politik Malaysia.
Benarlah kata Setiausaha Pemuda BN Datuk Megat Firdaus Megat
Junid bahawa tindakan PKR membakar memorandum itu menunjukkan parti itu ‘tidak
amanah dan jujur’.
Kejadian itu berlaku selepas Pemuda BN meletakkan memorandum
itu dalam peti surat parti itu di ibu pejabat PKR di Damansara di Petaling
Jaya, Selangor, kira-kira jam 4 petang tadi.
Selepas memorandum itu diletakkan dalam peti surat,
kira-kira 50 anggota Pemuda BN yang menyertai perhimpunan itu mendapati
kakitangan PKR keluar dan mengambil memorandum itu lalu membakarnya.
Selama ini, belum pernah kita dengar BN membakar surat-surat
dari parti pembangkang sebaliknya sentiasa memastikan ada pegawai yang menerima
memorandum yang dihantar baik positif atau negatif.
Bagaimana pula dengan PAS dan DAP. Apakah mereka juga sanggup
berbuat demikian untuk mempertahankan berua dan dajal .
* Kalau mereka tergamak membakar memorandum yang berinti patikan data dan fakta penting maka, suatu hari nanti golongan atau keturunan yang sama juga akan lebih berani lagi bahkan sanggup membakar Al-Quran, Bible dan Buku Undang-Undang Perlembagaan Negara. Semuanya itu hanya berpunca atas nama 'politik'. Politik mengatasi hukum agama (Allah). - Editor Sidang Rakyat
No comments:
Post a Comment