NABAWAN: Asalkan dapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)!. Soal
keselamatan tidak penting, itulah yang sedang berlaku di kalangan penerima
apabila tiba di kaunter penyampaian baucar tunai dan kaunter penerimaan wang tunai
bantuan itu.
Melihat tindak-tanduk penerima, Pembantu Menteri Pertanian
dan Industri Makanan Datuk Bobbey A. Suan membuat teguran ini: “Perbuatan
bersesak-sesak ini boleh memudaratkan keselamatan penerima itu sendiri kerana
ia boleh mencetuskan ketegangan jika ada individu yang terhimpit semasa
menerima bantuan berkenaan.”
“Wang BR1M tu tak kan
habis, jadi tidak perlu himpit menghempit atau bersesak-sesak. Kasianlah sama
warga tua,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran penyampaian baucer
tunai BR1M fasa kedua bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan di dewan
serbaguna Majlis Daerah di sini pada Jumaat.
Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan
berkata, mereka yang layak tidak perlu bimbang kerana pembayaran dilakukan
sehingga April tahun ini.
Lebih 3,000 pemohon di daerah itu sudah mendapat surat
keluluasan dan proses pembayaran dijalankan berperingkat-peringkat.
BAUCAR BR1M ... Bobbey menyampaikan baucar tunai BR1M kepada salah seorang penerima. |
No comments:
Post a Comment