TAWAU: Akibat terlalu ghairah memberikan ‘ang pau’ dengan sampul
berwarna putih dan, tanpa merujuk kepada ‘sifu’ telah membawa kutukan terhadap Pengerusi
Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Hanya kerana kekhilafan kecil itu, seorang Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui menuntut
Datuk Ibrahim Ali supaya segera meminta ampun kepada masyarakat Cina di negara
ini dengan alasan mempersenda tradisi kaum itu.
Pada Chua, tindakan Ibrahim yang menggunakan sampul warna putih
pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perkasa baru-baru ini dilihat
sebagai tindakan yang kurang peka.
“Sebagai seorang pemimpin yang telah lama berkhidmat adalah mustahil
beliau tidak mengetahui serba-sedikit tentang tradisi kaum Cina di negara ini,”
tambahnya.
“Bangsa Cina merupakan kaum kedua terbesar di negara ini.
``Saya sangat sedih apabila warga tua yang datang ke majlis
itu diberikan sampul berwarna putih yang melambangkan kepada kematian,’’katanya
kepada media di sini.
No comments:
Post a Comment