Hari ini, Azman menyelar Star Sabah kerana menyifatkan
slogan itu akan menyempitkan ruang dan peluang rakyat Malaysia di Sabah untuk bersaing
dengan masyarakat lain di negara ini ke arah mencapai kemajuan.
Selain itu, bekas Ketua Pemuda Umno Sabah itu juga
mempertikaikan slogan perjuangan pakatan
Perikatan Borneo Bersatu itu yang dianggapnya tidak menunjukkan hala tuju yang
jelas, terutama bagaimana untuk membangunkan dan meningkatkan taraf hidup
rakyat Malaysia di Sabah.
Azman, membuat kenyataan itu menerusi Berita Nasional
Malaysia (Bernama) hari ini, sambil berkata saranan Star itu tidak realistik,
memandangkan Sabah sudah menikmati kemajuan setelah mencapai kemerdekaan selama
lebih 50 tahun melalui pembentukan Malaysia.
Seorang Blogger menyimpulkan, bahawa kenyataan Azman itu
menggambarkan beliau tidak matang dalam politik dan takut kepada bayangan
sendiri, lihatlah Umno bahagian Keningau yang dalam keadaan bercelaru.
Mengenai cabaran Azman supaya Star mengumumkan agenda
pembangunan, Blogger itu dengan sinis berkata, biasanya pembangunan hanya dapat
dilihat apabila berjaya membentuk kerajaan, tunggulah keputusan PRU-13 nanti.
Blogger itu menambah, Azman boleh berkata apa sahaja
selagi kerajaan Barisan Nasional berkuasa tetapi ingat, tiada kerajaan kekal di
dunia. Mungkin PRU-13 adalah yang terakhir bagi BN dan kerajaan baru akan muncul
iaitu kerajaan pakatan Perikatan Borneo Bersatu.
“Star lebih responsif dan proaktif, terutama dalam
memelihara dan mempertahankan semangat Malaysia,” kata Blogger itu mengulas
kenyataan Azman hari ini.
Blogger itu bertanya kepada Azman, adakah bangsa Malaysia
benar-benar bersatu?. Lihatlah Sabah dan Semenanjung, rakyatnya berpecah belah
di bawah naungan kerajaan BN.
“Banyak pihak protes dasar kerajaan kuku besi BN, kerana
dasar BN itulah maka timbullah banyak parti politik yang berjuang untuk membawa
perpaduan, kestabilan ekonomi, politik dan perubahan di Sabah,” jelas Blogger
itu lagi.
No comments:
Post a Comment