I LOVE YOU SAYANG … Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sejambak bunga kepada isteri tersayang Tuan Sabariah Tuan Ishak sebagai tanda simbolik perasmian Sambutan Hari Suami Isteri di Balai Islam, Lundang di Kota Baharu, Kelantan, hari ini.
KERAJAAN PAS Kelantan mahu Valentine’s Day yang disambut pada setiap 14 Feb diganti kepada Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri mengikut acuan Islam.
“Untuk masa akan datang, kita akan tukar Valentine’s Day kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan di Kota Baharu, Kelantan, hari ini.
Beliau berkata tujuan kerajaan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam sebenar.
Beliau membuat cadangan itu kerana bimbangan gejala sosial yang berlaku di seluruh negara akibat pergaulan bebas dan perkahwinan tidak sah menyebabkan kadar kelahiran anak luar nikah atau anak zina mencecah lebih 234,00 di seluruh negara dalam tempoh 2006 hingga 2010.
Menurutnya lebih membimbangkan lagi apabila kira-kira 81,000 daripada jumlah itu melibatkan orang Melayu atau umat Islam dari seluruh negara.
|
No comments:
Post a Comment