Thursday, 2 February 2012

Razaleigh nafi boikot mesyuarat Umno

KOTA KINABALU: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang dituduh memboikot mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan kerana sering tidak menghadiri mesyuarat badan itu sejak beberapa lama, hari ini tampil menyangkal tuduhan itu.
“Saya bukan sengaja tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana kadang-kadang surat jemputan mesyuarat itu lewat diterimanya.
“Saya tak hadir, bukan tak nak hadir, tapi (surat) jemputan kadang-kadang lewat sehari selepas mesyuarat atau sehari sebelumnya,” katanya selepas menghadiri mesyuarat
BadanPerhubungan Umno itu bersama Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perhubungan Umno Negeri di Kota Baharu, Kelantan, hari ini
Anggota Parlimen Gua Musang merangkap Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu membuat penjelasan itu ketika ditanya mengenai kedudukannya yang sudah lama tidak kelihatan menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno itu, sejak selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.
Ditanya mengenai peluang Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula negeri Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau berkata peluang itu tetap ada jika BN mempunyai persediaan secukupnya.


No comments:

Post a Comment