Saturday, 18 February 2012

Ramai pemimpin akar umbi BN masuk STAR


BELURAN: Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan, mengalu-alukan kemasu- kan pemimpin akar umbi parti-parti tempatan dalam Barisan Nasional.
Pada 15 February 2012, beberapa pemimpin akar umbi daripada parti PBS dan Upko yang diketuai oleh Timbalan 1 Ketua Pemuda PBS Kinabatangan, Encik Lius Meliton telah menye- rahkan borang keahlian mereka kepada salah seorang Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Sabah, Encik James Ait.
Pendekatan sederhana dan kesungguhan Encik James Ait memperjuangkan hak-hak bangsa Tambanuo telah memberi keyakinan kepada masyarakat Tambanuo di Kinabatangan, khususnya Kuamut, berganding tangan bersama-sama beliau untuk memperjuangkan hak-hak bangsa Tambanuo yang semakin terhakis.
“Cara beliau mendekati masyarakat dalam usahanya menerangkan perjuangan UBF (United Borneo Front) sebelum adanya parti STAR, mendorong saya untuk bersama-sama dia (James Ait)  memperjuangkan hak-hak kami,” ujar Lius.
“James sentiasa peka kepada permasalahan masyarakat, khususnya mengenai masalah NCR dan hak-hak Orang Asal,” tambah Lius.
Difahamkan setakat ini di Kampung Minusuh, seramai 190 ahli telah pun menyerahkan borang keahlian parti STAR kepada  Lius .
Beberapa buah kampung dalam Zon Mananam, seperti Namukon, Maliau, Mananam, Napa- gang,  Lanung, Langkabong dan Tinapikon telah pun menubuhkan beberapa cawangan STAR.
Sempena pelancaran STAR peringkat Parlimen Beluran, Lius yang hadir bersama-sama dengan James, telah diberi sambutan khas oleh Dr. Jeffrey dengan mejemput beliau naik ke pentas sebaik saja Naib 1 Pengerusi STAR Sabah, Encik Jalumin Beyogoh mengumumkan alu-aluan kemasukan Lius ke parti STAR.
Ketua Pemuda STAR Sabah kemudian menghadiahkan baju STAR kepada Lius, disaksikan oleh Dr. Jeffrey sendiri. 
Laungan INI KALI LAH!!! oleh hadirin menaikkan semangat juang mereka.

BERSEMANGAT ... Dr. Jeffrey (kanan) dan pemimpin STAR lain memberi tepukan, sementara Lius melaungkan slogan INI KALI LAH!!! selepas memakai baju STAR.
BAJU KERAMAT STAR ... Luis (kiri) menerima baju STAR dari Dr. Jeffrey dan Ketua Pemuda STAR.

Via KG Publicist

No comments:

Post a Comment