Ketua Pengarah Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan
Perikanan, Syahrin Abdurrahman berkata Stesen Kuarantin Ikan, Pengendalian Mutu
dan Keselamatan Hasil Perikanan Kelas 1 Medan II mendapati ikan itu mengandungi
formalin pada kadar antara 0.25 hingga 0.4 mg dan 0.25-0.8 mg sekilogram.
Proses pengeksportan kembali semua ikan itu akan dikawal
ketat dan sebuah kapal pengawas perikanan akan mengiringi kapal pengeksportan
kembali itu sampai ke kawasan sempadan perairan negara jiran, katanya di sini.
“Sesuai amanat undang-undang perikanan, kami harus memastikan
tertib pelaksanaan undang-undang. Kerana itu, ikan yang jelas mengandungi
formalin sehingga dilarang diedarkan di Indonesia, terus kami kawal dari proses
pemuatan di pelabuhan, di dalam perjalanan sehingga benar-benar keluar dari
wilayah Indonesia.
“Jangan sampai ada penyalahgunaan lagi di tengah jalan,”
katanya seperti yang disiarkan pada laman web Kementerian Kelautan dan
Perikanan Indonesia pada Selasa.
Syahrin Abdurrahman bagaimanapun tidak menyebut jenis ikan
serta jumlah yang terlibat. - Bernama
No comments:
Post a Comment