Thursday, 2 February 2012

SESB rugi RM1.8 juta


SANDAKAN:  Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) mengalami kerugian sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penyambungan bekalan elektrik secara haram pada tahun lepas. 
Pengurus Besar (Pembahagian) SESB, Ahmad Sazree Abdul Aziz, berkata ia banyak membabitkan bangunan kediaman dengan 4,900 rumah dikesan. 
Katanya, biarpun pihaknya telah banyak melakukan operasi membanteras kegiatan itu, namun ianya masih berleluasa termasuk membabitkan kawasan penempatan setinggan.
“Jika masalah itu tidak diatasi, pihak SESB bukan sahaja mengalami kerugian tetapi juga pengguna juga akan menanggung kesannya dengan membayar sejumlah bil yang besar berbanding penggunaan sebenar mereka,” kata beliau. 
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai operasi membanteras penyambungan bekalan elektrik secara haram di sini hari ini.  
Operasi membabitkan 30 anggota SESB itu ditumpukan di Kawasan Perindustrian Sedco Batu 3 Jalan Utara.

No comments:

Post a Comment