SERAH BR1M ... Hamisa menyampaikan baucar BR1M kepada salah seorang penduduk kawasan DUN Tanjung Batu. |
PANTAU ... Hamisa memantau semasa semakan BRIM di kawasan DUN Tanjung Batu di Dewan Masyarakat Tawau. |
TAWAU: Penafian kerajaan Barisan Nasional (BN)
bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat negara ini tidak bermotifkan politik tetapi, semuanya itu
disangkal oleh pembangkang.
Dari sudut pandangan pembangkang pula, pemberian BR1M itu jelas
bermotifkan politik kerana diberikan menjelangnya PRU-13. Orang tolol pun boleh
baca niat BN.
Terang lagi bersuluh, kerajaan BN seharusnya berani mengakui
bahawa program pemberian BR1M itu bermotifkan politik untuk memancing undi.
Tidak perlu sorok-sorok niat itu, Allah jua yang mengetahuinya.
Kerana tidak ada rahsia yang tidak dapat dibongkarkan,
itulah rahsia BN dan sedang terbongkar
di mata pengundi. Pembangkang akui tidak mampu memberikan bantuan seumpamanya
kepada rakyat seluruh Malaysia ketika ini kerana mereka bukanlah pentdbir ‘Wisma
Putrajaya’.
Lain pula pendapat wakil rakyat Tanjung Batu, Datuk Hamisa
Samat, di mana pemberian BR1M dari kerajaan BN itu untuk mengurangkan beban
hidup rakyat dan, menafikannya sebagai pancing undi.
Menurut Hamisa, berdasarkan Bajet 2012 yang
dibentangkan September 2011, isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000
sebulan kerajaan bantu dan kini kerajaan dalam melaksanakan janji.
“Program itu bukan sekadar untuk meraih 'mileage' politik tetapi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Penyerahan Baucar BR1M di Dewan Masyarakat Tawau, di sini, kelmarin.
“Program itu bukan sekadar untuk meraih 'mileage' politik tetapi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Penyerahan Baucar BR1M di Dewan Masyarakat Tawau, di sini, kelmarin.
Menurut beliau, kerajaan BN tidak sanggup melihat kehidupan
rakyat berterusan dihimpit kemiskinan. Oleh itu, kerajaan mesti membuat sesuatu
untuk membalas kepercayaan rakyat yang memberi mandat pada pilihan raya umum
2008.
“Sayang seribu kali sayang, negeri-negeri yang ditadbir urus oleh pembangkang dari awal sampai habis panggal pemerintahan terus mengalami gerhana.
“Sayang seribu kali sayang, negeri-negeri yang ditadbir urus oleh pembangkang dari awal sampai habis panggal pemerintahan terus mengalami gerhana.
“Sekarang rakyat di negeri-negeri berkenaan teraba-raba
mencari ‘nuriah BN’ untuk membina kehidupan baru lagi selesa. Mereka tidak sanggup lagi berteduh dalam kerajaan ‘janji terang bulan’, semua
janji PRU-12 tidak ditunaikan,” jelasnya.
Pembangkang, katanya, lebih sibuk mencari kesalahan BN daripada
menjaga kebajikan rakyatnya yang sudah lama menunggu janji manis PRU-12 yang
sehinga kini tidak terunai lagi.
No comments:
Post a Comment