 |
RASMI … Sapawi disakswikan Ahmad dan Kamarlin bersama jemputan menekan punat tanda sembolik pelancaran Projek Menaiktaraf Jalan Kampung Sungai Tiga-Populor.
|
 |
RAKYAT DIUTAMAKAN … Sapawi menyampaikan sumbangan kepada Agas Lawai, 71, orang kurang upaya di majlis itu.
SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad,
berkata Barisan Nasional (BN) tidak sekali-kali
melupakan jasa rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan untuk
membentuk kerajaan.
“Selagi ada matahari, bulan dan bintang, selagi itulah BN
tidak akan lupa jasa rakyat. Sebab itulah kerajaan (BN) tidak pernah lalai
menjaga kebajikan rakyat,” katanya
“Rakyat sudah
menikmati banyak kemajuan dan pembangunan dan pelbagai cara kerajaan BN membantu
rakyat seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya pada majlis
pecah tanah menaiktaraf Jalan Kampung Sungai Tiga-Pepulor sejauh 4.67 kilometer
di sini kelmarin.
Projek menaiktaraf jalan itu bernilai RM15.6 juta.
Turut menyaksikan majlis itu, Adun Sindumin, Ahmad Bujang;
Adun Lumadan, Kamarlin Ombi; Wakil Pengarah Jabatan Kerja Sabah, Philemon
Lajawai; Penolong Pegawai Daerah Sipitang, Matlin Dullah; Ketua Daerah Sipitang,
Arif Ismail dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin, Abdul Rahman Mohd Noh dan
wakil penduduk kampung, Saidin Ahmad.
|
Menurut Sapawi, pelaksanaan projek pembangunan lebih
mengutamakan kepentingan rakyat keseluruhannya dan, bukannya memenuhi
kepentingan individu.
“Projek-projek yang
dilaksanakan kerajaan adalah untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama
dan semua kawasan bandar, pekan dan pedalaman juga mendapat manfaatnya. Semua
pelaksanaan projek itu mengikut keutamaan dan keperluan rakyat,” jelasnya.
Sambil menyindir pembangkang yang hanya tahu menyebarkan fitnah
dan suka mengheret rakyat dalam pelbagai isu remeh-temeh semata-mata untuk
kepentingan politik mereka dan bukannya kepentingan rakyat.
Di majlis itu, Sapawi turut menyampaikan sumbangan kewangan
kepada 44 orang penerima terdiri daripada golongan warga emas, ibu tunggul,
anak yatim dan orang kurang upaya.
No comments:
Post a Comment