BUTTERWORTH, 29 Feb: Bangkai seekor ayam
ditemui digantung di pintu pagar pusat khidmat Anggota Parlimen Permatang Pauh
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di sini hari ini.
Petugas pusat khidmat itu, Fathilullail Jaafar Sidek berkata
beliau menemui bangkai berkenaan pada 10 pagi ini ketika baru sampai di
pejabat.
“Bangkai ayam itu ada
kesan darah dan sebelah kakinya dipotong,” katanya kepada pemberita di sini
hari ini.
Fathilullail berkata bangkai ayam itu dipercayai diletakkan
di situ antara 3 pagi dan 10 pagi ini kerana beliau berada dalam pusat khidmat
sehingga pukul 3 pagi tadi.
Beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seberang
Perai Tengah.-Bernama
No comments:
Post a Comment