Thursday, 2 February 2012

‘Tak bayar cukai, tak boleh undi’


KOTA KINABALU: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menghalang rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan tidak membayar cukai tidak boleh mengundi pada pilihan raya umum dibantah.
Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn, berkata cadangan itu akan menyekat demokrasi dan tidak menggalakkan warga Malaysia yang menetap di luar negara daripada menyertai proses pilihan raya.
“Perlembagaan Persekutuan memperuntukan setiap rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun layak menjadi pengundi dan oleh itu adalah tidak adil untuk mendiskriminasikan hak mengundi berdasarkan status membayar cukai. 
“SPR perlu faham bahawa hak mengundi adalah sebahagian daripada hak kewarganegaraan dan ia tidak terikat dengan isu membayar cukai,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Pada Rabu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan sebagai berkata pihaknya sedang menentukan kriteria yang perlu diikuti untuk rakyat Malaysia yang bekerja dan menentap di luar negara sebelum dibenarkan mengundi.
Anggota Majlis Kepimpinan Pusat PKR, Elizabeth Wong, berkata dengan menafikan hak perlembagaan rakyat Malaysia untuk mengundi menunjukkan bahawa SPR mempunyai pandangan kabur mengenai proses demokratik. 
“Walaupun cadangan untuk membataskan kepada rakyat Malaysia di luar negara ketika ini, namum ia memcerminkan sikap SPR dalam soal pengundian—iaitu keistimewaan dan bukan sebagai hak.
“Ini menandakan trend bahaya dalam politik Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

No comments:

Post a Comment