![]() |
BERSAMA BERARAK ... Hamisa (tudung merah) bersama umat Islam ketika menghadiri perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tawau di Padang Bandaran Tawau. |
TAWAU: Jadikan Maulidur Rasul sebagai medium untuk kembali menjalin dan
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan ikatan perpaduan masyarakat.
“Tanpa semangat ingin bersatupadu Malaysia tidak akan seaman sekarang.
Sebab itu instutusi keluarga di kalangan masyarakat Islam harus mengambil
iktibar apa yang berlaku di negara-negara lain di dunia yang berkecamuk,” kata Ahli Dewan
Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat selepas menghadiri perakan
sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tawau di padang bandaran di sini hari
ini
Hamisa berkata, tiada negara yang sama seperti Malaysia yang mempunyai
pelbagai suku kaum yang membunyai berbagai latar belakang budaya, adat resam
dan agama tetapi boleh hidup sebumbung.
BelSekiranya perpaduan yang telah dibina musnah, kita tidak mungkin
dapat membinanya semula. Marilah kita belajar daripada kesilapan kita dan juga
orang lain di sekeliling demi mengukuhkan ikatan perpaduan untuk masa depan
bersama," katanya selepas menghadiri perakan sambutan Maulidur Rasul
peringkat daerah Tawau di Padang Bandaran Tawau sini hari ini.
Beliau menegaskan, sekiranya perpaduan
yang sekian lama telah dibina musnah maka, selamanya lah ianya tidak dapat
dibina semula.
Oleh itu, tambahnya, apabila sesuatu isu provokatif timbul, semua rakyat
perlu bertenang dan bersabar supaya mereka dapat bertindak dengan rasional.
Beliau berkata, segala isu dan masalah yang timbul boleh diselesaikan
jika semua pihak duduk bersama, berbincang, memahami dan menghalusi segala
permasalahan yang timbul.
No comments:
Post a Comment