Monday, 13 February 2012

Kontraktor mabuk duit

Dr Ewon  (dua, kiri) ketika meninjau jalan raya menuju ke Kampung Longut yang rosak dan licin.

Sebuah kenderaan meredah sungai gara-gara tiada jambatan yang menghu- bungkan Kampung Longut dengan Kampung Widu di Ranau dan penduduk terpaksa meredah sungai itu.


SENDIWARA KONTRAKTOR … apabila hati dipenuhi ketamakan maka, segala kerja yang diamanahkan tidak menjadi sempurna dan, itulah yang sedang berlaku kepada projek jalan raya  di Kampung Longut, Kampung Kitaie dan Kampung Bayag yang letaknya 30 kilometer dari Pekan Ranau.
Kontraktor yang dilantik gagal menyempurnakan projek itu kerana terlalu mengejar keuntungan berlimpah, akibatnya penduduk di kampung-kampung yang terlibat mengalami kesulitan untuk memasarkan segala hasil kampung.
Semuanya berpunca daripada jalan raya becak dan rosak akibat hujan lebat dan kontraktor yang diamanahkan ‘mabuk duit’. Mangsanya adalah kerajaan, dicerca rakyat sedangkan kontraktor  yang melakukan kerja membabibuta.
Kalau tidak masakan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin menempelak kontraktor yang dilantik kerana kerja yang dilakukan tidak berkualiti  dan membazirkan wang kerajaan serta membuang masa.
Dr Ewon berkata demikian dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di kampung-kampung berkenaan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment