Thursday, 2 February 2012

Parti KITA akan dibubar


KOTA KINABALU: Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim bakal membubarkan parti itu menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Zaid berkata, KITA perlu dibubarkan!.
 “ini terpaksa dilakukan untuk membuang keraguan yang sesungguhnya kita menyokong pembangkang”,  di mana sesetengah anggotanya di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik pakatan pembangkang PAS-DAP-PKR.
“Mereka sering melakukannya, ini jelas menunjukkan mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar membabitkan negara dan, hanya mahu memalukan dan mencemuh pembangkang,” katanya dalam laman web KITA, partikita.com hari ini. 
Zaid mengakui ideanya menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.
Katanya, beliau masih gagal membawa masuk jumlah anggota yang secukupnya yang berminat dalam idea demokratik, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan penjawat awam.
“Saya belum mampu mendapatkan dana yang mencukupi untuk mengurus aktiviti parti dan kawan-kawan yang telah berjanji membantu tidak berbuat demikian,” tambahnya.
Faktor lain KITA dibubarkan adalah pihak media lebih minat kepada isu yang remeh-temeh terhadap parti itu, apatah lagi  ada cukup orang di luar sana yang hanya berminat mengkritik kepimpinannya dan parti KITA, dan mereka-reka berita untuk mencemuhnya. 
Zaid dengan nada sedih, kini beliau sedar bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Beliau tahu telah banyak membuat kesilapan dalam hidupnya tetapi tidak tawar hati.
 “Kepada anggota parti yang tidak gembira dengan keputusan ini, saya mohon maaf. Saya hargai sokongan anda dan saya harap anda akan terima keputusan ini, bagi kebaikan yang lebih kepada pembangkang,” kata beliau.
Zaid, bagaimanapun, tidak memberitahu bila EGM itu akan diadakan. 
Parti itu yang genap setahun bulan lepas, ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR ekoran dakwaan ada penyelewengan dalam pemilihan PKR. 
KITA bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Jan, dan 60 orang anggotanya memilih menyertai PKR.

No comments:

Post a Comment