Wednesday, 15 February 2012

Rakyat Sabah harus belajar al-Quran


Ada hadis yang bermaksud al-Quran lebih mulia daripada segala-galanya. Barang siapa yang memuliakan al-Quran, Allah akan memuliakannya dan barang siapa yang merendah-rendahkan al-Quran, Allah akan merendahkannya”  Datuk Syed Abas Syed Ali

BERARAK ... Syed Abas (dua, kiri) mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul 
peringkat Kampung Ranggu bersama penduduk kampung.
TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali, berkata: “Ada hadis yang bermaksud al-Quran lebih mulia daripada segala-galanya. Barang siapa yang memuliakan al-Quran, Allah akan memuliakannya dan barang siapa yang merendah-rendahkan al-Quran, Allah akan merendahkannya.”
Oleh itu, katanya, umat Islam wajib membaca, mempelajari dan membudayakan al-Quran kerana ia ada hubungkait dengan kehidupan manusia.
 “Untuk mencapai matlamat itu  seluruh RAKYAT di negeri ini harus mendapat pendidikan al-Quran. Masjid dan surau mesti mengadakan kelas pengajian al-Quran lebih sistematik.
“Pengajaran al-Quran ada lima elemen iaitu membaca, menulis, menghafal, memahami dan menghayati intipati al-Quran,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Ranggu, di sini pada Selasa.
Syed Abas menegaskan, tujuan kelas itu untuk menghapuskan ahli kariah buta al-Quran.

 

No comments:

Post a Comment