Saturday, 11 February 2012

VALENTINE DAY: ‘Roh Suci’ vs ‘Roh Jahat’


PADA Khamis lepas, Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk menggantikan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang disambut pada setiap 14 Feb kepada Hari Suami Isteri.
Nik Aziz, berkata lebih elok jika Hari Valentine diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri mengikut acuan Islam.
Bagaimanapun, semalam (Jumaat), Dewan Pemuda Pas pula menghantar memorandum bantahan promosi Hari Kekasih secara besar-besaran di media-media utama kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Memorandum itu diserahkan Setiausaha Pemuda Pas Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Setiausaha Akhbar menteri Norazli Noh yang mewakili Rais.
Perkara yang  membimbangkan Dewan Pemuda Pas ialah promosi secara besar-besaran dan berterusan untuk meraikan acara itu pada 14 Februari ini akan menggalakkan orang ramai khususnya umat Islam terjebak dalam kegiatan maksiat.
Oleh itu, Dewan Pemuda Pas meminta Rais supaya memantau dan bertindak sekiranya wujud kempen promosi Hari Kekasih menerusi pengiklanan di televisyen, radio dan akhbar pada sepanjang bulan ini.
Dalam tinjauan pendapat umum, sambutan Hari Kekasih ini baik dan, tidak menggalak ‘umat’ atau sesiapa pun melakukan maksiat.
“Tak kira Hari Kekasih kah atau hari-hari biasa pun mereka yang suka melakukan maksiat tetap mereka lakukan juga,” kata seorang remaja lelaki yang enggan namanya disiarkan.
Katanya, tidak ada dasar yang digubal untuk sambutan Hari Kekasih, ia bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana dia memanfaatkan Hari Kekasih.
“Kita ni dah akil balig tahu bezakan mana yang baik dan buruk. Orang beriman pun kalau dia buat jahat siapa  yang boleh halang dia, melainkan diri sendiri,” ujarnya.

Nota: Apa pula pendapat anda mengenai sambutan Hari Kekasih? Hantar komen anda kepada Sidang Rakyat.

No comments:

Post a Comment