KOTA KINABALU: Hanya dua pusat agama iaitu Sekolah Rendah Islam Al Hafidz,
Tuaran dan
Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah, Masjid SDA Kota Kinabalu di sini menerima sumbangan daripada Sekretariat Permbangunan Masyarakat dan Sosial Pergerakan Wanita Umno Sabah .
Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah, Masjid SDA Kota Kinabalu di sini menerima sumbangan daripada Sekretariat Permbangunan Masyarakat dan Sosial Pergerakan Wanita Umno Sabah .
Pusat itu
masing-masing menerima RM1,000 daripada sekretariat tersebut.
Sekolah Sekolah
Rendah Islam Al Hafidz, Tuaran diwakili pengerusinya Roslani Abdullah dan Guru
Besar Mohd Salman Mohd Amin. Manakala Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran
As-Syatibiyah, Masjid SDA Kota Kinabalu diwakili pengerusinya Ustaz Hanzala
Amilhussin.
Sumbangan itu telah
disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Permbangunan Masyarakat dan Sosial
Pergerakan Wanita Umno Sabah, Zaiton Anik yang juga Ketua Wanita Umno
Pensiangan.
Dalam ucapan
ringkasnya, Zaiton meminta supaya
pelajar tahfiz diterapkan dengan akademik dan al-Quran untuk membina masa depan
yang cemerlang.
Sementara itu,
Pengerusi Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah, Ustaz Hanzala
Amilhussin, berkata pada masa ini pusat itu menerima RM1,000 sebulan daripada
Usia bermula awal tahun 2011, selain
elaun imam rawatibnya sebanyak RM600 sebulan dikumpul untuk digunakan pengendalian
pembelajaran di pusat itu.
Menurut Hanzala, pada
masa ini pusat itu mempunyai 48 pelajar tahfiz dengan bantuan dua guru
sukarelawan. Kebanyakan para pelajar yang diambil terdiri anak-anak yatim,
mualaf dan fakir dalam lingkungan umur 10 hingga 17 tahun.
Sekolah Rendah
Islam Al Hafidz, Tuaran pula, guru
besarnya Mohd Salman Mohd Amin, berkata setakat ini sekolah itu mempunyai 20 pelajar
dengan mempunyai tiga aliran pembelajaran dari aspek akademik, agama dan tahfiz
serta mempunyai tiga orang tenaga pengajar.
Lawatan itu turut dihadiri Ketua Wanita Umno Putatan, Juriah Palasain, Ketua Wanita Umno Tuaran, Jamaliah Antalip bersama Jawatankuasa Sekretariat Pembangunan Masyarakat dan Sosial Pergerakan Wanita Umno Sabah.
TERIMA SUMBANGAN ... Hanzala menerima sumbangan daripada Sekretariat Permbangunan Masyarakat dan Sosial Pergerakan Wanita Umno Sabah diketuai pengerusinya Zaiton.
|
ALBUM KENANGAN ... Zaiton bergambar dengan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Al Hafidz, Tuaran yang diwakili pengerusinya Roslani Abdullah dan Guru Besar Mohd Salman Mohd Amin. |
No comments:
Post a Comment