SHAH ALAM, 22 Feb : Kerajaan Negeri Selangor hari ini meminta Jabatan
Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyiasat
dakwaan bahawa terdapat unsur-unsur untuk memurtadkan umat Islam di negeri ini.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata pengesahan itu diperlukan berikutan dakwaan bekas exco Kerajaan Negeri
Datuk Dr Hasan Ali dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara itu.
Hasan mendakwa adanya usaha memurtadkan umat Islam
berdasarkan kitab bible bertenaga solar (solar powered bible), mubaligh
Kristian memakai jubah memasuki masjid serta minum dan mandi air suci
(baptism).
Abdul Khalid berkata dakwaan Hasan itu tidak disertakan
bukti kukuh hingga menyebabkan wujudnya rasa tidak selesa di kalangan
masyarakat majmuk di negeri ini.
“Dakwaaan ini juga tidak konstruktif kerana ia semata-mata
mahu melemahkan peranan Mais dan Jais,” katanya pada sidang media selepas
mesyuarat mingguan exco di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment