Wednesday, 8 February 2012

Hafiz Pengerusi Kelab Umno Kaherah yang baru

SERAH TUGAS ... Penyerahan tugas oleh mantan Pengerusi Kelab Umno 2010/2011, Wan Sherhan Seruji kepada Hafiz Hamzah dalam Majlis Apresiasi Kelab Umno Kaherah baru-baru ini di Dewan 
Malaysia Abbasiah Kaherah, Mesir.


KOTA KINABALU: Mantan Pengerusi Kelab Umno Kaherah di Mesir, Wan Sherhan Seruji, mengingatkan ahli-ahli kelab supaya memberikan tumpuan kepada perjuangan utama iaitu untuk mendapatkan ijazah sebagai bekalan masa hadapan demi agama, bangsa dan tanah air.
Katanya, ahli-ahli Kelab Umno perlu mempunyai visi dan misi untuk negara, apabila balik ke tanah air kelak maka, itulah masanya memanfaatkan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari sebagai ganjaran kepada negara.
“Ingat, masa depan negara berada di tangan kita, oleh itu, jangan mudah berpuas hati dengan apa yang dicapai, kelak merana diri,” katanya semasa majlis penyerahan tugas kepada Pengerusi Kelab Umno Kaherah yang baru Hafiz Hamzah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, Mesir baru-baru lalu.
Turut hadir Duta Besar Malaysia Ke Mesir, Professor Madya Dato’ Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti, Pengarah EM Egypt, Professor Madya Dr Hj Suaidi Dato' Hj Safei, Pengerusi Kelab Umno Kaherah Sesi 2011/2012, Hafiz Hamzah.

No comments:

Post a Comment