Wednesday, 15 February 2012

Kahwin di masjid didakwa tiru Kristian

KOTA KINABALU: Pasangan Islam di negara ini yang berhasrat melangsungkan majlis perkahwinan di dalam masjid perlu berfikir sepuluh kali sebelum berbuat demikian.
Ini berikutan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini untuk merangka garis panduan bagi membolehkan pasangan itu mengadakan majlis perkahwinan di masjid.
Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 di Kota Baharu hari ini, berkata rangka garis panduan itu perlu bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam sebelum ini yang berselisih pendapat daripada segi hukum majlis akad nikah diadakan di dalam masjid.
“Garis panduan itu sebagai menangkis dakwaan kononnya majlis seumpamanya mengikut ajaran Kristian,” katanya.
Menurut Dr Abdul Shukor, garis panduan itu merangkumi syarat supaya penggunaan masjid untuk tujuan itu tidak menjejaskan kedudukan masjid sebagai tempat ibadat sehingga mencemarkan kesuciannya.
“Ini termasuk tidak membenarkan berlaku suasana bising di dalam masjid sehingga menjejaskan institusi masjid itu sendiri sebagai tempat ibadah bagi umat Islam,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment