Saturday, 4 February 2012

Musa Tinjau Projek




TAKLIMAT ... 
Musa (tiga, kiri) mendengar  taklimat yang disampaikan oleh  Pegawai Jabatan Perikanan Daerah Lahad Datu (sebelah kanan) sewaktu meninjau ke kawasan Kolam Air Payau menternak ikan Baulu, di projek PPMS, Nala Tungku.  



LAHAD DATU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman disambut meriah oleh penduduk di daerah Pekan Kecil Tungku, pada Jumaat sebaik saja tiba di daerah itu untuk melakukan lawatan kerjanya bersempena meninjau perkembangan Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) yang dilaksanakan di Kampung Sri Nala, Tungku yang dijangka akan dilawati oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Febuari ini.
Ketibaan beliau diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman.
Selain melawat ke Projek PPMS Nala Tungku, Musa juga melawat ke Tapak POIC Lahad Datu sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Raudhah Lahad Datu.
Sementara itu, turut hadir sama pada lawatan kerja itu ialah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu, Adun Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said, Ahli ParlimenSilam, Dr. Haji Salleh Haji Kalbi, Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir dan juga ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.
 



No comments:

Post a Comment