
PC berkata, Utusan Malaysia milik Umno itu kini memasuki
usia tua dan nyanyuk berikutan dengan kenyataannya yang tidak lagi berpijak di
bumi yang nyata.
Beliau juga menggelar Utusan Malaysia semakin ‘lemah
pendengaran’, ‘kabur penglihatan’ dan ‘mati rasa’ di mana akhbar itu hanya
sesuai dijadikan pembungkus ikan masin.
Pada Ahad, akhbar itu dalam ruangan Awang Selamat menggelar Menteri
Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai pemimpin ‘ghairah untuk berkuasa’ dan uzur.
“Nik Aziz seorang yang
penyabar dan tenang, empat penggal beliau
mentadbir Kelantan masih lagi menjadi idola rakyat negeri itu walaupun mendapat
tekanan bertubi-tubi daripada Umno,” kata PC.
Tentang hasrat Nik Aziz untuk terus bertanding pada pilihan
raya umum (PRU) ke-13, ini menandakan panca indera beliau masih sihat, kuat dan
tajam pemikiran untuk memikul tanggungjawab tidak seperti yang didakwa akhbar
itu.
“Utusan Malaysia/Umno tidak perlu kasiankan dia (Nik Aziz)
dia masih okay, yang perlu dikurantinkan ialah akhbar itu yang berhati busuk,”
ujar PC.
Pada hemat PC, Nik Aziz seorang hulubalang Melayu yang sentiasa
berjubahkan ‘iman’ dan berperisaikan ‘firman Allah’ iaitu kebenaran.
“Beliau sekali-kali tidak gentar walaupun diserang dari
pelbagai penjuru menggunakan media massa, elektronik, internet dan pelbagai
lagi propaganda namun, Nik Aziz tetap Nik Aziz kekal gah di Kelantan.”
“Usaha Umno/BN dalam tempoh 21 tahun untuk menumbangkan
Kerajaan PAS gagal dan, selamanya lah akan gagal tetapi, Nik Aziz dan
kerajaannya tetap teguh di Kelantan biar apa pun Umno gunakan,” jelas PC.
PC juga berkata, dulu rakyat Kelantan telah memberi kamu (Umno)
peluang untuk mentadbir negeri itu, kamu kata kerajaan BN cekap dan berjiwa
rakyat tetapi, mengapa kamu tiap kali pilihan raya umum asyik-asyik kecundang.
Utusan Malaysia itu antara lain menyebut: “Tidak sangka
dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya,
hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran
dan fikirannya yang tidak lagi tajam.”
“Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak
mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. Itu belum
menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah.”
Akhbar itu juga mengatakan walaupun perdana menteri paling
lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohanad — pemimpin yang dikritik Nik Aziz
kerana terlalu lama berkuasa — tahu untuk berundur walaupun masih ramai yang
memerlukan kepimpinannya.
“Jika Dr. Mahathir yang tidak dikaitkan dengan imej ulama
mempunyai keyakinan untuk berundur dan tidak selamanya mahu bergayut pada
jawatan, mengapa Nik Aziz tidak boleh berbuat demikian?
Utusan Malaysia juga mempersoalkan jika Nik Aziz tidak yakin
terhadap generasi baru dalam PAS dan ditanya jika penggantinya merupakan
seorang yang ‘buruk’ dan ‘dungu’ untuk memegang jawatan Menteri Besar Kelantan.
“Sesungguhnya Awang kasihankan Nik Aziz, beliau sudah hilang
keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya
mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa,” katanya.
Pada Sabtu, Nik Aziz yang mula bertanding sejak pilihan raya
1967 mengumumkan beliau akan menyertai pilihan raya umum ke-13, menolak desakan
Umno supaya berundur.
Pemimpin berusia 81 tahun ini popular di peringkat negeri
dan kebangsaan di mana dianggap membawa imej parti Islam dan jenama Islam.
Umno mengarahkan menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed
untuk menawan semula Kelantam yang tewas kepada PAS sejak pilihan raya umum 1990.
Kedua-dua parti Melayu itu memulakan kempen yang agresif
demi memenangi pilihan raya akan datang.
“Apa pun pendapat, gelaran dan propaganda Utusan
Malaysia/Umno terhadap mana-mana negeri yang ditadbir pembangkang tidak begitu
penting kepada rakyat Kelantan mahupun Malaysia keseluruhannya.
“Agenda yang paling utama yang ditunggu-tunggu oleh setiap
rakyat negara ini lalah keputusan PRU-13. Ketika itu barulah kita tahu
‘tinggi-rendahnya’ langit,” katanya.
No comments:
Post a Comment