KOTA KINABALU: Gangguan elektrik akibat kerja penyelenggaraan
yang sedang dilaksanakan di seluruh Sabah sejak 30 Jan lepas dijangka
berlarutan sehingga dua minggu lagi.
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn
Bhd (SESB), Ahmad Fuad Md Kasim berkata syarikat itu terpaksa menggunakan
Pengurusan Bahagian Permintaan (DSM) bagi meminimumkan kesan kehilangan
kapasiti janaan kuasa sebanyak 152 MW dalam grid Sabah.
“Penggunaan DSM adalah untuk menampung permintaan bekalan
elektrik di Sabah yang diyakini akan memberikan impak positif terhadap
kestabilan bekalan elektrik sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini hari
ini.
No comments:
Post a Comment