Wednesday, 8 February 2012

Skim Rumah Pertamaku kurang sambutan

DITEMUI MEDIA … Lajim ketika menjawap pertanyaan media selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan  masjid baru Kampung Melabaun, Beaufort.

BEAUFORT:  Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2011 masih mendapat sambutan dingin dari rakyat khususnya golongan muda di negeri ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Haji Lajim Haji Ukin, berkata  walaupun skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100 peratus daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan namun kekurangan maklumat  tepat cara dan bagaimana mereka memohon di negeri ini menyebabkan sambutannya masih dingin.
 “Jika di peringkat persekutuan ianya diselaraskan di Kementerian Kewangan dimana sebuah agensi telah dilantik oleh kerajaan untuk menyelaraskanya.
“Semantara di peringkat negeri diselaraskan oleh kerajaan negeri yang turut menyediakan tapak bagi membina rumah dibawah skim ini,” katanya kepada media sebagai mengulas sambutan golongan muda di negeri ini terhadap skim itu selepas melakukan upacara majlis pecah tanah bagi pembinaan masjid baru Kampung Melabau, dekat sini, pada Isnin.
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika di minta mengulas sambutan golongan muda di negeri ini terhadap skim Rumah Pertamaku yang masih mendapat sambutan dingin dari golongan muda
Menurut Ahli Parlimen Beaufort itu lag,  dalam Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menaikan kelayakan golongan beperndapatan rendah dripada RM3,000 kepada RM6,000 nilai maksimum hartanah telah  dinaikkan dari RM200,000 kepada RM400,000, berkuatkuasa daripada 1 Januari 2012.
Tambah Lajim skim ini memberikan manafaat kepada golongan muda sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment