Thursday, 16 February 2012

Rahman Dahlan pertahan kenyataannya mengenai Borneosasi

JAWATAN-jawatan teras yang penting di Jabatan Persekutuan di negeri Sabah telahpun dipegang oleh rakyat Sabah yang berkelayakan dan berpengalaman, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan. 

Menurutnya, tuduhan pihak pembangkang mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan tidak memperdulikan proses ’Isu Borneosasi‘ adalah satu perkara yang tidak benar.


Katanya, dakwaan pembangkang itu hanya untuk mengelirukan pemikiran rakyat yang bertujuan menanam rasa kebencian terhadap Kerajaan Persekutuaan semata-mata.

“Jawatan-jawatan yang paling teras, asas dan penting telahpun dipegang oleh rakyat Sabah yang berkelayakan serta berpengalaman antaranya seperti jawatan Pengarah di Jabatan Imigresen Sabah; Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah; Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; Jabatan Kesihatan Negeri Sabah; Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jawatan Pegawai Kewangan Persekutuan (FFO); Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (JPNS).

“Begitu juga dengan jawatan di Petronas di wakili oleh orang Sabah, SESB dan jawatan Pengarah di Jabatan Koperasi dan Jabatan Kastam dalam masa yang terdekat ini turut akan dipegang oleh rakyat Sabah.”  - KELAPA MAWAR

No comments:

Post a Comment