PENGACARA dan aktres
kelahiran Jakarta, Indonesia, Valia Rahma (gambar) telah meninggal dunia
selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali
baru-baru ini.
Menurut Kapan Lagi, aktres filem "Hantu Jeruk Purut"
menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Denpasar, Bali pada 13 Januari
2012 sekitar jam 5 petang waktu tempatan selepas mengalami kecederaan dan
pendarahan teruk di otaknya
Sahabat Valia, Faradila mengesahkan berita tersebut ketika
dihubungi.
Jenazah Valia telah dikebumikan di tanah perkuburan Tanah Kusir,
Jakarta Selatan pada 14 Januari 2012.
Valia yang sepatutnya memasuki usia 27 tahun pada 31 Januari ini
memulakan kariernya sebagai seorang model diikuti dengan tawaran mengacara dan
berlakon.
Menurut suaminya, Arya Suwastika, Valia pernah memberitahu
keinginannya untuk mempunyai anak pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment