Saturday, 21 January 2012

Hasan Ali ibarat 'buah buruk: Subky


HASAN ALI SEPERTI BUAH BURUK ... Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diibaratkan seperti ‘buah buruk’ yang akan jatuh bila-bila masa tanpa perlu ‘dijolok'.
Veteran PAS Subky Abdul Latif, berkata Hasan kini hanya ‘orang luar’ dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hasan (gambar) dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.
 “Beliau (Hasan) ibarat buah buruk, buah buruk ini kalau dijolok jatuh...tak dijolok pun boleh jatuh sendiri. Jadi kita tidak perlu buat apa-apa,” kata Subky dipetik daripada The Malaysian Insider


No comments:

Post a Comment