KOTA KINABALU, 18 Jan - (Bernama) -- Barisan Nasional (BN)
Sabah tidak mahu terlalu memikirkan soal pembahagian kerusi untuk pilihan raya
umum akan datang selagi belum berpuas hati dengan tanggungjawab kepada rakyat.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri
Datuk Seri Musa Aman berkata pada masa ini BN Sabah lebih menumpukan kepada
soal kerja untuk rakyat.
“Kerja untuk rakyat mesti berterusan, bukan
bila dekat pilihan raya sahaja baru hendak tolong rakyat,” katanya kepada
pemberita selepas menghadiri Majlis Graduasi ke-12 Kolej PTPL Sabah, di sini
hari ini.
Beliau berkata BN Sabah juga mahu wakil rakyatnya terus
mendekatkan diri dengan masyarakat bagi mengetahui masalah mereka, sekali gus
memudahkan kerajaan negeri untuk membantu.
Katanya negara ini bertuah kerana mempunyai perdana
menteri seperti Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat prihatin dengan
keperluan rakyat.
Musa juga berkata ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas, BN negeri diminta memantapkan
perpaduan pada kalangan parti komponen agar mampu memberi perkhidmatan terbaik
kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment