TAMBUNAN: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan, berkata BN ada formula dalam pengagihan kerusi sama seperti pilihan
raya umum ke-12 (PRU-12).
“Sebagai Presiden PBS, saya masih berpegang kepada fomula
pengagihan kerusi pada pilihan raya umum lepas,” katanya.
“Lobi-melobi dan
meminta kerusi tambahan adalah perkara biasa apabila mendekatnya pilihan raya,”
ujarnya mengulas kenyataan Timbalan Ketua Bahagian PBS Liawan, Zachary Kinsik yang
tersiar di blog ini baru-baru ini.
Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Adun Tambunan, berkata
melobi minta jadi calon dan minta kerusi tambahan fenomena biasa dalam rumah
tangga parti-parti komponen BN, semua berhak berbuat demikian.
Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan
Infrastruktur, berpendapat isu itu lebih elok dibincang melalui meja bulat di kalangan
pucuk pimpinan parti-parti komponen BN, bukan melalui media.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan majlis
penyampaian baucar tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Masyarakat
Tambunan pada Sabtu.
Katanya, jika ada perubahan berikutan kerusi-kerusi BN yang
ditinggalkan oleh SAPP ia boleh dibincang dengan lebih teliti untuk kebaikan
BN.
“Terserahlah kepada
pucuk pimpinan BN untuk membuat keputusan dan menentukan kerusi-kerusi BN yang
ditinggalkan SAPP,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment