
Wartawan kanan,
yang juga merupakan bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), berkata
memilih menyertai DAP selepas merasakan parti itu paling kerap dikritik
berbanding rakan komponen Pakatan Rakyat.
“DAP, rasanya,
iebih kerap dijadikan sasaran (kritikan),” katanya pada sidang media yang
dipengerusikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. “DAP merupakan parti yang
paling menghadapi kesukaran menjelaskan kepada rakyat tentang segala fitnah dan
tuduhan-tuduhan yang disiarkan dalam media arus perdana.
“Saya rasa DAP
perlu dipertahankan.”
Hata (gambar),
meletakkan jawatan sebagai presiden NUJ, bertugas di Utusan Malaysia sejak
1995 sehingga dipecat pada 21 April kerana mengkritik pengurusan akhbar
berbahasa Malaysia.
Apabila ditanya
sama ada DAP akan melantik Hata memegang mana-mana jawatan dalam parti itu, Lim
berkata bekas wartawanUtusan Malaysia tidak meletakkan sebarang
syarat sebelum menyertai DAP.
“Seperti apa yang
Hata katakan, beliau menyertai DAP setelah menimbangkan prinsipnya dan tiada
alasan lain. Saya rasa beliau melakukannya dengan hati terbuka, jadi biar kami
menyambut keanggotaannya. Mengenai perkara lain kami akan umumkan kemudian,”
katanya.
Hata memberitahu
pemberita selepas itu bahawa beliau telah menimbangkan keputusan itu dengan
hati-hati sebelum memutuskan menyertai DAP dan menegaskan hanya mahu
meneruskan perjuangannya menuntut kebebasan maklumat dan media.
“Saya perlukan DAP
untuk menjadi platform saya,” katanya.
Beliau berkata
tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memegang jawatan dalam DAP atau
bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Tetapi Hata berkata
beliau dimaklumkan kepimpinan parti bahawa hasratnya untuk membantu parti itu
meraih sokongan orang Melayu terutamanya di kubu kuat Umno di Johor.
“Saya akan membawa
balik borang keahlian untuk ahli keluarga saya juga,” katanya menambah
mempunyai kira-kira 15 ahli keluarga.
Wartawan berumur 43
tahun ini berkata DAP selalu dikritik dalam media arus perdana menyebabkan
parti itu dilabelkan parti Cina.
“Itu tidak benar
dan saya mahu maklumkan perkara sebenar,” katanya. - The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment