Sunday, 22 January 2012

43,000 ahli KGKS sebulat suara bantah pelaksanaan SBPA

OLEH MOHD KHAIRY ABDULLAH

TENOM: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) yang diwakili oleh 43,000 ahli pada Khamis membuat satu kejutan apabila sebulat suara membantah perlaksanaan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Melalui SBPA sebanyak 11 skim perkhidmatan baru digubal dan, 78 skim perkhidmatan yang dijumudkan.
 Bidang keguruan adalah di antara yang terlibat dalam perubahan baru tersebut.
SBPA diwujudkan bagi menggantikan SSM atau Sistem Saraan Malaysia berteraskan merit, yang digarap untuk memberi perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan, serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan serta penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan peristasi kerja.
Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan skim itu pada Bajet 2012 yang lalu.
Bagaimanapun, KGKS menyifatkan skim baru itu menjana kepada kerosakan lanskap kerjaya warga pendidik khususnya di Negeri Sabah, dan mereka yang bertugas di kawasan Pedalaman negeri itu.
Presidennya, Hussin Basir memberitahu, bantahan kesatuan itu bersifat positif dan bukan provokasi terhadap kerajaan.
Hussin yang berada di sini untuk menghadiri perjumpaan dengan Ahli Majlis Tertinggi KGKS Cawangan Tenom, berkata kesatuan telah memperjuangkan nasib guru-guru yang berkhidmat di Sabah sejak lebih daripada 30 tahun yang lalu, dan mahu kerajaan supaya memandang serius mengenainya.
Kesatuan menyeneraikan beberapa tuntutan yang antaranya meminta, supaya elaun wilayah dikekalkan pada tahap semasa tanpa sebarang kenaikan, yang sepatutnya berlaku mengikut peratusan kenaikan jumlah gaji pokok.
Gesaan itu dibuat memandangkan ada cadangan untuk pemansuhan elaun tersebut.
KGKS turut meminta supaya elaun pedalaman yang bernilai RM1,500 bagi P3, RM1,000 bagi P2 dan RM500 bagi P1, yang sedang dinikmati oleh guru-guru yang bertugas di 350 buah sekolah di kawasan pedalaman Sabah dikekalkan.
Kesatuan itu turut mempertahankan permohonan 400 buah sekolah di kawasan pedalaman lagi, yang sedang menunggu kelulusan bagi elaun seumpama diteruskan.
Katanya, jika elaun-elaun tersebut dimansuhkan sudah pasti akan merencatkan system pendidikan kerana akan menjana konflik lokasi di antara bandar, luar bandar dan pedalaman Sabah.
 “Elaun-elaun seumpama itu umpama hadiah kepada warga pendidik yang sanggup bertugas di pelusuk pedalaman, dan jika ia dimansuhkan akan menimbulkan jurang dan prepsepsi yang tidak sihat dikalangan guru-guru di bnegeri ini,” katanya.
Hussin meminta Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia supaya memandang serius mengenai tuntutan kesatuan itu.
Kesatuan itu turut meminta kerajaan supaya menyeragamkan pemberian Elaun Perumahan Wilayah (EPW), diantara guru-guru Semananjung dan Sabah.
Katanya, ketika ini guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di Sabah menikmati EPW sebanyak RM830 bagi guru berijazah dan RM720 bagi guru lulusan diploma, sementara mereka yang dari Sabah dan bertugas di Semenanjung hanya menerima RM600 dan RM250.
 “Justifikasinya kedua-dua memiliki ijazah dan diploma, dan kesatuan melihat sesuatu yang tidak seimbang sedang berlaku,” katanya, dan menambah: “Kadar keluasan negeri Sabah menyamai 5 buah negeri di Semenanjung.”.
Dengan memberi contoh keperluan bagi seorang guru yang berasal dari Daerah Tenom dan bertugas di Tawau, dengan seorang guru yang berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sabah adalah sama.
 “Mereka memerlukan nilai kos yang tinggi dan sama untuk pelbagai keperluan diri,” tekannya, dan mempersoalkan kenapa jurang seperti itu diwujudkan.
  “Adakah persoalan istimewa dan tidak istimewa berlaku di sini,” soalnya.
Hussin memberitahu, tidak ada beza yang boleh menimbulkan jurang diantara guru Semenanjung dengan Sabah.
Jesteru beliau meminta kerajaan supaya memandang serius mengenai tuntutan KGKS, sesuai dengan slogan 1 Malaysia – ‘Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan’.
 “Kita tidak mahu lebih daripada itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment